Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 103 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

61  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1085.
Dari Jabir bin 'AbduUah r.a., katanya: "Dalam suatu perjalanan, Rasulullah saw. melihat seorang lelaki dikerumuni orang ramai, lalu orang itu dilindungi oleh beliau seraya bertanya, "Mengapa dia?" Jawab mereka, "Dia puasa." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tidaklah termasuk kebajikan puasa dalam perjalanan, apabila dengan puasa itu ia mendapat kesulitan kerana perjalanannya jauh dan berat."

62  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1129.
Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. Dia tidur seperdua malam, bangun sepertiganya dan tidur lagi seperenamnya. Dan beliau puasa satu hari, berbuka satu hari."

63  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1133.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa bulan Muharram, dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam."

64  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1130.
Dari Mu'adzah Al 'Adawiyah r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah isteri Rasulullah saw., katanya :"Betulkah Rasulullah saw. puasa tiga hari setiap bulan?" Jawab 'Aisyah, "Ya, betul" Aku bertanya pula kepadanya, "Hari apa sajakah beliau puasa tiap-tiap bulan itu?" Jawab 'Aisyah r.a., "Beliau tidak menentukan hari apa beliau puasa setiap bulan itu."

65  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1123.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang makan minum kerana lupa sedangkan dia puasa, maka hendaklah diteruskannya puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."

66  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1079.
Dari 'Aisyah r.a., katanya ada seorang lelaki datang minta fatwa kepada Nabi saw., sedangkan 'Aisyah mendengarkannya di belakang pintu. Tanyanya, "Ya Rasulullah! Waktu solat telah tiba, sedangkan aku dalam keadaan junub. Bolehkan aku meneruskan puasaku?" Jawab Rasulullah saw., "Aku pun pernah mendapatkan waktu solat Subuh dalam keadaan junub, lalu aku terus saja puasa." Kata orang itu, "Anda tidak sama dengan kami. Allah telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru." Sabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Sesungguhnya aku berharap, semoga akulah orang yang paling takut kepada Allah, dan lebih tahu daripada kamu sekalian tentang bagaimana cara taqwa."

67  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1319.
Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hai, para pemuda! Siapa-siapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggung jawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

68  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0286.
Dari Mu'adzah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., 'Mengapa orang haid wajib mengqadha puasa, tetapi tidak wajib mengqadha solat?" Jawab 'Aisyah, "Apakah anda orang Haruriyah?" Jawab ku, "Bukan! Aku bukan orang Haruriyah! Tetapi aku bertanya." Jawab 'Aisyah, "Itulah suatu keuntungan bagi kita (wanita). Kita diwajibkan mengqadha puasa tetapi tidak diwajibkan mengqadha solat."

69  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1092.
Dari Ummul Fadhal binti Harits r.a., dia mengatakan bahawa orang banyak bertengkar di dekatnya tentang puasa Rasulullah saw. di hari 'Arafah. Sebagian mereka mengatakan beliau puasa, dan sebahagian lagi mengatakan tidak, lalu ku kirimkan kepada beliau secangkir susu. Ketika itu beliau sedang berada di atas untanya di 'Arafah, lalu beliau minum."

70  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1077.
Dari 'Abdullah bin Ka'ab Al Himyari, Abu Bakar mengkhabarkan kepadanya bahawa Marwan pernah mengutusnya kepada Ummu Salamah r.a., menanyakan perihal seorang lelaki yang mendapatkan Subuh dalam keadaan junub, apakah boleh dia meneruskan puasanya? Jawab Ummu Salamah, "Rasulullah saw. pernah mendapatkan Subuh (kesiangan) dalam keadaan junub kerana jimak, bukan kerana mimpi. Kemudian beliau tidak membukai puasanya dan tidak pula mengqadha."